WELCOME TO WE BLOG

~~ALL YOU NEED TO KNOW ABOUT "SHISHA"~~^^!!

Wednesday, February 20, 2013

PengenaLan :)




Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Penggunaan Shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat Shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramai orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.
Bahkan nama bagi Shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama Narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai Shisha atau Goza dan di India ia dipanggil Hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil Waterpipes tetapi nama Shisha dikenali dan sering digunakan.

No comments:

Post a Comment